There was an error in this gadget

25 January 2011

7 Kek Paling Cantik dan Unik di Dunia


7 Kek Paling Cantik dan Unik di Dunia

DKDM tak membincangkan kek paling senang ataupun kek paling sedap di dunia, tapi DKDM membincangkan 7 kek paling unik di dunia. Selain unik, kek-kek ni pun cantik juga.
cool cake
DSLR Cake
7. DSLR Cake
Kek ini dihasilkan oleh Granny Schmidt’s bakery in Emmaus, Pennsylvania. Luarnya merupakan lapisan fondant dan dalamnya kek jenis red velvet. [credit]
cool cake mario cake
Super Mario Cake
6. Super Mario Cake
Pembuat kek ini adalah seorang wanita Asia bernama Su-Yin. Mendapat pendidikan awal di Australia dan Amerika, Su-Yin meneruskan cintanya dalam bidang masakan dengan mewujudkan laman blog, “The Journal of A Girl Who Loves to Cook”. Beliau juga menguruskan kedai kek mayanya digelar Delectable. [credit]
cool cake blackberry
5. BlackBerry Cake
Kek ini dihasilkan oleh seorang bernama Debbie dalam bulan Oktober, 2008 menggunakan sugarpaste blackberries. [credit]
cool cake
Apple Cake
4. Apple Cake
Apple Cake ini juga dihasilkan oleh Debbie seawal tahun 2005. Walaupun nampak kecil, kek ini sebenarnya besar dan boleh dimakan oleh 40 orang. [credit]
cool cake diet coke
Diet Coke Cake
3. Diet Coke Cake
Sekali lagi Debbie mereka kek ini pada tahun 2008. Diet Coke Cake ini setinggi 12 inci atau 30.48 cm. [credit]
Reebok Shoe Cake
Reebok Shoe Cake
2. Reebok Shoe Cake
Keunikan dan keaslian rupa kek ini menempatkannya ditempat kedua. Sekali pandang kelihatan seperti kasut betul. Kek ini dihasilkan di Russia. [credit]
Big Mac Cake
Big Mac Cake
1. Big Mac Cake
Kehebatan perekabentuk kek Debbi sememangnya terserlah apabila beliau mereka Big Mac ini. Untuk pengetahun, kotak Big Mac ini juga dihasilkan sendiri dengan beberapa gandaan daripada kotak yang sebenar. Katanya, “what’s the use of an enormous big mac box without an enormous big mac cake?”. Kek ini dihasilkan pada 8 Ogos 2008. [credit]
Nota Kaki: Ini hanyalah penilaian subjektif DKDM dan tajuk entri hanyalah untuk tujuan komersial. Tak payah la segan, komen kat bawah bagitau DKDM yang mana anda suke atau tak suke. haha.


No comments:

Post a Comment